Thursday, July 5, 2007

BERITA TERKINI


PROGRAM TERKINI

4/08/07 Mon SCORE A BOOM (BM) Safira Inn, Seberang Jaya. 8pm - 10pm - Muhamad(0125862186)


1. BERITA BAIK! Kami telah melaksanakan ciri eNotes pada sistem Score A kami untuk rujukan para pelajar. Tujuan kami adalah untuk menambah lagi 'Input Learning' para pelajar melalui sistem Score A kami.

Untuk melihat eNotes ini, log-in sebagai pelajar. Anda akan dapat melihat ikon eNotes di sebelah kiri laman yang berikutan. Klik ikon itu dan anda akan melihat indeks nota-nota yang diaturkan mengikut Tahun, Subjek and Topik. Untuk melihat topik yang dikehendaki, klik topik itu sahaja.

Anda juga dapat melihat eNotes melalui latihan-latihan eTopic kami. Semasa mencuba latihan eTopic, klik ikon eNotes yang dipamerkan di tepi laman untuk melihat nota-nota untuk topik itu.

Buat masa sekarang, eNotes hanya didapati dari Tahun 4 ke Tahun 6. Tingkatan 1 ke Tingkatan 3 akan mendapati eNotes ini tidak lama lagi. Kesabaran anda amat dihargai.


2. Kami telah melaksanakan ciri baru ke dalam examhall SAP kami iaitu pemberitahuan eReport Card melalui SMS. Apabila anak anda membuat latihan dalam Examhall kami, sistem SAP akan memberitahu anda melalui SMS mengenai percubaan dan keputusan yang anak anda perolehi. Anda akan memperolehi maklumat-maklumat seperti berikut: ID anak, Tahap, Mata Pelajaran, Kertas, Topik, Set, Skor & Masa Diambil.
Untuk mengaktifkan ciri ini, login sebagai ibubapa (di bawah Login Ibubapa) dan pilih Profil Ibubapa. Anda akan melihat maklumat mengenai diri anda. Kemaskinikan nombor telefon bimbit anda, jika perlu; formatnya mestilah 6-012-3456789. Kemudian pilih eReportCard. Untuk membatalkan ciri ini, ulangkan langkah seperti di atas dan padamkan pilihan eReportCard.

No comments: